Monday, 28 May 2012

LOGO

Logo ialah lambang atau identiti(trademark) berbentuk 2-dimensi atau 3-dimensi,warna atau monokrom,geometri atau organik,tipografi,abstrak bagi mewakili identiti korporat sesebuah syarikat,produk dan perkhidmatan.Logo terbahagi kepada emapt jenis: logo huruf,logo simbol,logo representasi dan logo ambigram.

LOGO HURUF

Logo huruf atau logo tipografi menggunakan fon atau muka taip bagi menghasilkan identiti korporat atau trademark berbentuk imej logo.Logo huruf berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (initials).Pendekatan tifografi perlu dimasukkan unsur garfik seperti (garisan,imej,rupa organik,atau geometri,warna)di dalam kandungan logo bagi memperkembangan lagi identitinya.

LOGO SIMBOL

Logo simbol memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam identitinya berbanding dengan logo representasi (logo diskriptif).Terutamanyadalam penambahan unsur-unsur figura(rupa: organik,geometrik atau abstrak dan bentuk 2-dimensi atau 3-dimensi).

LOGO REPRESENTASI


Logo representasi atau dikenali dengan scriptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk,atau perkhidmatan pelanggan.

No comments:

Post a Comment